Posts

Showing posts from August, 2009

Minyak Naik Semula...

Image
Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok. Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter. Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September. Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter. Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini."Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter). "Sepatutnya...

H1N1 meningkat!

Image
Korban terbaru itu adalah seorang lelaki berumur 49 tahun dan bermasalah kesihatan hepar (hati). Dia dimasukkan ke Hospital Melaka pada 13 Ogos kerana demam dan batuk selesema selama dua hari serta muntah. Lelaki itu meninggal dunia pada 19 Ogos disebabkan oleh H1N1 dengan Sindrom Pernafasan Teruk Sistem Respiratori Strok(ARDS). Dalam kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, sehingga jam 9 pagi ini, seramai 202 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan.Manakala 285 kes telah dibenarkan pulang. Ini menjadikan baki 1,515 pesakit ILI sedang dirawat di 97 hospital termasuk lima di hospital swasta.Daripada jumlah ini, katanya, hanya 280 pesakit (19%) yang disahkan positif H1N1. Daripada kes yang disahkan H1N1, 44 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana lima kes merupakan kemasukan baru, sementara tujuh lagi kes keluar dari ICU. Daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 36 (82%) mempunyai faktor ris...

origami basic untuk membuat burung

Image
hai semua! arini adalah hari untuk aku berkongsi bagaimana ingin membuat origami.. origami adalah salah satu seni tangan yang boleh dibuat sebagai cenderahati.. so.. hari ini kita buat burung kelicap k.. hehe.. semoga berjaya!

Ramadhan oh Ramadhan

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Segala lafaz pujian bagi Allah, Tuhan yang Menguasai sekalian alam. Maha suci Allah, Tuhan Pemilik ‘Arasy yang agung. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia makhluk, Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam, juga kepada ahli keluarga baginda yang mulia serta para sahabat baginda yang terpuji. Ayuh, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan keizinan-Nya kita masih lagi diberikan kesempatan untuk melalui madrasah hebat bulan Ramadhan yang mulia ini. Jika Allah Subhanahu wa ta’ala menghendaki untuk kita tidak lagi berkemampuan untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ini, sudah tentu hal itu cukup mudah. Boleh sahaja kita diberikan kesakitan yang dahsyat yang dengan sebabnya kita tidak mampu berpuasa. Atau, mungkin sahaja kita ditimpakan kemalangan sehingga kita tidak lagi mampu berdiri untuk solat tarawih serta solat-solat sunat yang lain. Hampir setiap hari kita boleh membaca di dal...

Perkhidmatan Khat

Image
Kalau nak bagi hadiah berbentuk khat, disini ada ditawarkan servis menulis khat untuk diberikan kepada orang yang tersayang.. mungkin boleh bagi nama; dan kami akan tuliskan. servis ni berharga rm25 tidak termasuk penghantaran pos laju. cenderahati ini dapat banyak pujian.. dan kami memberikan perkhidmtan yang bagus! bersaiz A4 siap dengan bingkai berpenutup. contact yazidsalikan di ajid87@gmail.com atau di 017-2294837

Keselamatan H1N1

1.Amalan adab batuk yang baik • Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah. 2. Jaga kebersihan diri Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut: • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan alkohol. • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga. • Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah. 3. Jangan kongsi peralatan peribadi • Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air. 4.Menjarakan diri (social distancing) • Pesakit dinasihatkan supaya...

Munajat

Image
Ya Allah.. ampunkan dosaku... setiap apa yang ku lakukan kadangkala tanpa sedar aku membuat apa yang Engkau larang.. wahai rakan-rakanku, bermunajatlah kamu kepada Allah.. di kala waktu sepertiga malam... dekatkanlah hati kita padanya.. tanah sentiasa menanti kita.. adakah kita sudah cukup amalan.. sempena kehadiran bulan ramadhan ini, hendaklah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah.. menggunakan sepenuhnya masa untuk membaca al-quran.. dan perkara2 yang dituntut... semoga kita sentiasa di bawah jagaanNya dari seksa api neraka..amin..

Kehilangan Artis Tempatan

Image
innalillahiwainnailaihirojiun... sekarang banyak artis2 tempatan telah banyak meninggalkan kita.. baru2 ini, kehilangan artis solo kumpulan nasyid Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri, mendiang param, Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Allahyarham loloq dan ramai lagi. Kehilangan artis dari dunia tempatan membuatkan peminat2 berasa sedih. kehilangan mereka juga kadangkala membuatkan kita terasa yang ajal akan datang bila2.. oleh itu, kita hendaklah bersedia dalam apa jua keadaan terutamanya dalam hal menambahkan pahala dan mengurangkan dosa.. sesungguhnya setiap yang bernyawa akan merasai kematian.. oleh itu, mari sama2 kita menyedekahkan alfatihah kepada mereka yang tiada lagi di muka bumi ini.. Alfatihah...

Belajar Masak Sphagetti dari myresipi.com

Image
ok..kali ini sebenarnya ambil resipi ni dari myresipi.com.. lapar plak tengok sphagetti yang mencairkan ni.. hui.. kawan2 ku juga ada yang buat benda ni.. so, aku bercadang nak buat sendiri r.. dan mungkin disini aku dapat berkongsi dengan korang semua.. Bahan-bahan ( 6 orang ) 500 gram spaghetti (sepeket) 500 gram daging lembu cincang 200 ml susu 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus 1 ulas bawang putih – dicincang halus 1 tin sedang tomato puri 4-5 tomato segar ranum - didadu 1 batang carrot – didadu kecil 2 batang celery – didadu kecil 1 tin cendawan butang – dihiris (optional) 1 kiub stok daging lembu (optional) 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs Sedikit garam dan gula secukup rasa 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa) 2 sudu besar butter Parutan keju parmesan – untuk menghidang NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa. NOTA : ...

seks = cinta?

Image
adakah seks sama dengan cinta? kebiasaannya mereka yang mahukan cinta adalah kerana seks.. adakah pernyataan ini betul? cinta adalah perasaan ikhlas seorang yang menyayangi kekasihnya. cinta tidak boleh dijual. dan cinta tidak boleh dibeli. pernyataan ini adalah benar kerana, jika cinta mudah dibeli dengan mata wang contohnya, maka cinta itu adalah akan bertahan jika ada mata wang sahaja. jika tiada mata wang, maka hilanglah cinta. cinta yang diluahkan hendaklah di uruskan dengan berhati, maksud saya, kita hendaklah melihat kepada 4 perkara sebelum menyintai seseorang 1. kecantikan 2. keturunan 3. harta 4. agama sebenarnya apa yang lebih penting antara keempat empat pernyataan tersebut? kecantikan? keturunan? harta? agama? jika kita lihat pada kecantikan, sebenarnya ia adalah penting yang. tetapi jika kita hanya fokus cinta = kecantin, maka cinta akan hilang bila kecantikan hilang iaitu setelah lanjut usia. keturunan; jika keturunan menjadi kayu ukur untuk bercinta, ia adalah penting ...

H1N1

Image
penyakit sentiasa datang.. sekarang ni penyakit H1N1 yang melanda.. semua makin risau kerana virus tersebut dan membunuh lebih 50 orang di Malaysia.. H1N1 merupakan penyakit yang asalnya merebak di mexico tetapi akhirnya telah merebak hampir ke seluruh dunia.. yang menakutkan tu adalah ia menyerang mereka yang lemah imunisasi badan.. jgn disangka mereka yang kuat diluar tetapi didalam siapa yang tahu.. antara yang kene adalah mereka yang menghidap penyakit asma, dan kebanyakannya kanak2.. rakyat Malaysia hendaklah selalu berdoa agar sentiasa sihat dan sentiasa mengamalkan air masak yang banyak dan memakan buahan serta sayuran.. ia dijangka dapat menentang virus tersebut.. ibuku tekah membelikanku satu produk kesihatan yang mengandungi colostrum yang merupakan susu awal lembu.. sebenarnya colostrum penting untuk kita punya imunisasi badan swaktu kecil.. kalu ada baby yang dapat penyakit waktu awal kehidupannya, mungkin kurang dapat susu awal ibu.. ramai yang nak cuba produk ni.. sangat ...

Paintball

Image
Hari ni pergi main paintball di bukit cerakah shah alam.. bayar rm90 dapat 500 peluru.. bayar rm70 dapat 200 peluru… so, aku, hazim n shafiq berpakat untuk ambil 400 peluru setiap sorang.. so… rm 90 x 2= rm 180 + rm 70 = rm250 .. bahagi kepada 3 orang… rm 84 .. ada 3 game.. best sangat2 sebabnya dapat menembak dan ditembak.. hahaha.. cara abes.. haha.. yang bestnya masa kene head shot.. aku kene tu.. memang sakit r kalu kene muka.. yang bagusnya kat situ, makan minum ada disediakan.. so, korang punye pemakanan rupanya dah terkandung sekali dalam bayaran.. aku harap kita dapat lawan lagi.. aku first time beb main benda ni,.. kali kedua aku dah expert dah ni... insyaallah..

Perkara Yang Bermain di Otak

Image
Salam permulaan dari yazidsalikan. Pada kali ini, adalah pos mengenai, perkara2 yang bermain di otak.. banyak sangat.. tak tahu bagaimana nak susun.. actually, antara yang aku minat.. termasuklah, mencari ilmu, bermain bowling, mencari duit, belajar sesuatu yang baru dan sebagainya. Oleh itu, satu langkah yang telah ku lakukan adalah dengan menulis dan menyenaraikan segala apa yang aku fikirkan lalu aku melihat perkara mana yang paling penting antara semua yang telah aku fikirkan. Kamu semua hendaklah mengambil sehelai kertas kosong dan ambil sebatang pen. Tulis apa yang kamu fikirkan Analisis perkara yang paling kamu hendak buat Buat tindakan mengikut susunan yang hendak diselesaikan Mudah-mudahan tips ini membolehkan rakan2 diluar sana sentiasa tenang dan hidupnya tersusun.. Sekian.

semalam, hari ini, esok...

adakah anda sentiasa melihat kepada perubahan? anjakan paradigma? dan revolusi yang berlaku kepada diri sendiri? adakah anda sentiasa memikirkan setiap perlakuan yang anda lakukan sebenarnya dinilai oleh makhluk yang berada di kanan dan kiri anda? dan adakah anda sentiasa buat-buat tidak tahu apa tentang kelakuan anda yang mungkin membawa anda ke pintu neraka pada hari kiamat nanti? banyak sangat yang perlu kita fikirkan.. Allah telah memberikan kita akal untuk berfikir dan kita harus mensyukurinya... bagaimana?? laksanakan setiap yang disuruh oleh Nya dan jauhi apa yang dilarang olehNya.. Semalam... aku membuat perkara yang baik Hari ini... Aku melaksanakan perkara yang lebih baik! Esok... Aku akan pastikan yang aku akan lakukan perkara yang berganda2 baik! berazamlah menambah pahala dan mengurangkan dosa.. semoga hidup kita di dunia ini membuatkan kita berasa aman di akhirat kelak.. akhir kata.. hendaklah kita menjadi manusia yang sentiasa mendekatkan hatinya kepada Allah.. amin.. ya...

Cinta Dan Rindu??? Persoalannya pada siapa??

Image
Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati - raja dalam kerajaan diri manusia. Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik'. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat' maka jahatlah hati . Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, "berhati-hatilah menjaga hati." Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah... akibatnya terlalu buruk. Umpama menyerahkan kepimpinan negara kepada seorang yang jahat. Kita tentu tahu apa akibatnya bukan? Pemimpin yang jahat akan melakukan kemungkaran, penzaliman, rasuah dan...

aSSaLaMUaLaIKUM!

salam sejahterA!! lama sangat tak bukak ini blog ni.. maafkan aku sebb aku tgh kemaskini laman web aku yang rasmi.. maafkan aku sebb dah lama x jumpa kawan2 kat luar sana.. alhamdulillah aku sihat walafiat dan sentiasa rindukan korang semua., hoho.. laman rasmi aku akan keluar x lama lagi.. so, aku harapkan korang dapat doakan aku sentiasa berjaya dalam hidup! peace!